
Author Archives: bujang3
Wordless Wednesday #1 – No Stay, U Eat U Go.
Sehari Di Cameron Highland – Versi Gambar.
Dah ker belum ???
Pernah tak benda cam nie terjadi pada korang ??
Agak-agak, apa akan terjadi kalau benda nie benar-benar berlaku kat korang???
Tak pernah pulak terbayang difikiran, tapi !!!!
Kalau benar-benar terjadi, mungkin menjerit sambil berlari bak tak cukup tanah, agaknya.
Hrmmm !!!
Lepas nie kalau nak gi toilet tu, jeling la kiri kanan dulu yerk !!!!
Ada berani ???
Ehh !!!
Dah ker belum ???
Samsung Galaxy Y ( Young )
Sedang aku jalan-jalan cuci mata kat Tesco X-tra Ipoh, melihat-lihat barisan handphone pelbagai jenis dan model, ternampak pulak satu model Samsung Galaxy.. Kali ni Galaxy Y pulak yang mana Y adalah singkatan untuk Young.
Rupa-rupanya aku dah ketinggalan. Entah dah berapa banyak model Samsung terbaru yang berada di pasaran.
Kalau nak diperhatikan rupa bentuk sesuatu produk Samsung nie, sekali imbas semuanya hampir sama. Sehinggakan, kekadang dah tak dapat nak dicam yang mana satu..
Macam mana pun. Samsung memang best (sebab aku memang peminat brand Samsung). Design yang cantik disamping kebolehan bersaing dengan jenama lain yang hebat-hebat di pasaran.
Model kali ini dikatakan di”target market“kan untuk golongan moda-mudi, remaja yang baru nak berjinak-jinak dengan gadget yang ber”os“kan sistem android.
Spec yang boleh tahan. Hampir setanding dengan Galaxy Ace dengan processor 800 Mhz. Cuma RAM-nya ajer yang kureng sikit. 256Mb ajer… Bagi heavy user, mungkin akhirnya akan merasa tidak puas dan bertindak untuk bertukar kepada model yang mempunyai RAM yang lebih besar.
Tapi semua itu bergantung sepenuhnya kepada kemampuan. Kalau bagi remaja yang budgetnya ciput, terima ajer la se-adanya.
Berminat ???
Apa lagi.. Cepat-cepatlah gi ATM machine,
keluar duit,
sambaq satuuuu !!!
Adoisss…
Samsung Galaxy W.
Satu lagi gadget keluaran Samsung yang mula berada di pasaran. Kecil molek, bersaiz sama dengan Samsung Galaxy Ace dengan keupayaan yang mungkin setara dengan Samsung Galaxy S Plus dapat menarik minat penggemar brand Samsung untuk memilikinya.
Sejak akhir-akhir ini, memang nampak ketara kebangkitan brand Samsung dalam arena telefon mudah alih umumnya dan sensasi android khasnya. Telah banyak kali dibuat perbandingan jenama Samsung ini dengan pelbagai jenama terkenal di dalam YouTube, terutama sekali Samsung Galaxy SII yang sememangnya paling hangat buat masa kini.
Terpulanglah kepada minat masing-masing untuk menentukan kelebihan sesuatu brand yang dibuat perbandingan itu, namun bagi penggemar Samsung tentunya mendapati kemunculan model terbaru Samsung Galaxy W ( Wonder ) ini, bakal memberikan lebih pilihan dalam senarai mereka.
Spesifikasi Galaxy Wonder
Processor : 1.4Ghz
Standard : HSDPA 14.4 Mbps / HSUPA 5.7 Mbps / EDGE / GPRS Class 12
Memory : 512MB RAM + 4GB Internal Memory
Connectivity : WiFi 802.11 b/g/n , BT v3.0 , USB 2.0 H/S
Display : 3.7″ WGA TFT
Camera : 5MP AF + VGA Front
Flash : LED Flash
Dimension : 115.5 x 59.8 x 11.55mm
RF Band : Quad band GSM 850/900/1800/1900, Quad band UMTS 900/2100
Battery : Li-ion 1500m/Ah…. up to 700 min
Ear jack : 3.5mm
External Memory : microSD (up to 32GB)
Colour : Black / White
Price : Retail Price at RM999-00
Dengan spesifikasi yang sebegini, mungkin dapat memberikan sedikit persaingan kepada lain-lain model Samsung Galaxy yang telah ada dalam pasaran.Tambahan pula harganya yang bolehlah dikatakan competitive itu.
Bagi yang berminat, bolehlah start usha line kat kedai handphone yang berhampiran.
Apa pun… tepuk dada, tanya selera (dan poket).
Adios…
Apa masalah EXORA korang !!!
Kepada sesiapa yang ada komen baik atau buruk tentang Exora, tak kiralah samada korang memilikinya atau tidak, harap dapat berkongsi diruang komen yang tersedia.
Mungkin dari pengalaman sendiri, rakan-rakan atau saudara mara. Moga pengalaman yang dikongsi dapat dijadikan pedoman dan memberi sedikit manfaat kepada yang sedang mencari sedikit informasi tentang EXORA.
Exora dan masalahnya….
Salam untuk semua.
Untuk rekod, aku dah memiliki dan menggunakan Exora MPV Nasional yang pertama, sejak 1hb February 2011. Bermakna, dah hampir 10 bulan aku bersama Exora M-Line.
Sepanjang hampir 10 bulan, ada beberapa masalah yang boleh aku kongsikan disini buat renungan dan rujukan. Bukan aku nak “kondem” MPV nasional pertama kita, cuma sekadar berkongsi maklumat.
Pertama :
Tak sampai sebulan aku menggunakan Exora, plug 12V (cigarette lighter) tak berfungsi. Bawa ke pusat servis sewaktu servis percuma yang pertama untuk diperiksa.
Masalah selsesai. Rupanya masalah connection saja.
Kedua :
Setelah lima bulan menggunakan Exora, aku didatangi dengan sepucuk surat dari pihak Proton, yang meminta aku membawa Exora aku ke pusat service dengan alasan untuk penambahbaikan. Dinyatakan bahawa radiotor fan motor perlu ditukar.
Aku bawa Exora aku ke pusat service walaupun setakat masa tu tiada masalah yang timbul berkaitan dengan radiator fan motor aku. Ianya digantikan dengan yang baru tanpa apa-apa bayaran (masih dalam warranty). Lagipun telah dinyatakan bahawa segala kos ditanggung oleh pihak Proton.
Masalah selesai.
Ketiga :
Dalam bulan lepas ( Oktober 2011 ), aku terima satu lagi surat dari pihak Proton. Kali ini diberitahu dan dinasihatkan, tidak menggunakan car jack buat sementara waktu. Diminta juga berjumpa dengan pusat servis untuk mendapatkan car jack yang baru. Difahamkan bahawa car jack yang sedia ada itu, bermasalah. Kemungkinan car jack itu akan menggelongsor ke bawah bila digunakan. Mungkin boleh membahayakan pengguna.
Sudah ke pusat servis, tapi masih belum dapat gantian. Pusat servis terpaksa membuat tempahan terlebih dahulu. Mungkin lambat sikit sebab, gantian yang perlu dibuat oleh pihak Proton adalah banyak, maka mengambil masa sedikit.
Keempat :
Selepas saja dapat surat dari Proton untuk gantian car jack tu, lampu depan sebelah kiri, masuk air. Bila hujan dan memerlukan memasang lampu, terdapat kabus di dalamnya. Memang merunsingkan mata melihatnya.
Semasa menghantar Exora aku tu untuk servis percuma kali ketiga dalam awal bulan nie, aku secara rasmi membuat tuntutan bagi menggantikan lampu kiri tu. Diberitahu, mungkin mengambil masa 2 minggu untuk tempahan sampai.
Sewaktu post ini dibuat, masih menunggu panggilan dari pusat servis.
Kelima : (yang terakhir setakat ini…harap tiada lagi masalah yg bakal timbul)
Semalam, sewaktu aku memandu dalam hujan dan memasang aircond, terasa kurang sejuk. Angin di sebelah tepi bahagian depan penumpang tak kuat, walaupun telah dipasang ke tahap 3 & 4.
Tak lama lepas tu, terdapat wap air (asap) yang keluar dari lubang aircond tu. Bila dah terjadi begitu, aircond langsung tak sejuk. Terdapat titisan air di lubang air cond tu.
Masih belum bawa ke pusat servis. Aku cuba mencari jawapan dengan melayari internet. Mencari perkongsian dari pengguna Exora yang lain.
Antara tips yang mungkin boleh aku gunapakai adalah, jangan gunakan aircond buat sementara, mencuci aircond filter terlebih dahulu dan kerap mencuci pelapik kaki dibahagian depan (pemandu dan penumpang. Alasannya : aircond menyerap debu-debu di karpet pelapik kaki menyebabkan tersumbat.)
Ok lah….
Begitulah perkongsian aku pada kali ini.
Semoga berguna untuk kalian semua….
Adios.
Peace Yo !!!
Hati-hati… Culik dimana-mana !!!!!
Pesanan untuk semua dan untuk aku sendiri…
Hati-hati dalam semua perkara. Terutama dalam hal-hal berkaitan keluarga dan anak-anak.. Selalunya kita leka.. alpa dan ambil mudah… Tapi ada mata-mata yang sentiasa mengawasi dan menunggu masa untuk mengambil peluang dan kesempatan.
Bukan sekadar bicara kosong… Baru sebentar tadi, dipaparkan melalui berita dikaca tv. Ada seorang budak perempuan hampir-hampir diculik dihadapan bapanya sendiri.
Dalam waktu sekeluarga menghampiri kereta mereka selepas selesai makan malam di sebuah restoran, anak mereka yang ke-empat yang sedikit ketinggalan dibelakang, cuba diculik orang seorang suspek warga Mynmar.
Mujur si ibu yang berada dibelakang sekali menyedari menyebabkan suspek melarikan diri. Si bapa mengejar dan akhirnya memberkas suspek dan diserahkan kepada polis yang kebetulan berada berhampiran.
Bayangkanlah, apa yang bakal terjadi sekiranya suspek berjaya melarikan kanak-kanak itu…
Sekali lagi untuk peringatan ….
Berhati-hati …. Culik dimana-mana!!!!
Adios..
Fikir-fikirkanlah…
Salam untuk Dunia….
Salam untuk dunia…..
Pertama kali berbicara diruangan ini, tiada banyak perkara nak disampaikan. Cukuplah sekadar mengucapkan salam dan selamat buat semua yang sudi mengunjungi.
Moga hidup kalian dipenuhi dengan warna, irama dan lagu yang meriah dan menarik mengiringi kehidupan.
Adios..
Ceria-ceria selalu…






























































